Sunday, July 24, 2011

Kemana kita dengan Perak?

Assalamualaikum wbh..

Saya mulakan dengan satu wadah ataupun rungkai kata yang telah disampaikan oleh Iman Malik r.a iaitu berkata " Apa yang menjadi pembaikan (Islah) kepada generasi pertama , akan menjadi pembaikan kepada generasi terakhir ". Yang dimaksudkan oleh Iman Malik adalah tugas individu muslim adalah kembali kepada perkara dasar iaitu menghidupkan syariat berdasarkan model salaf al Madinah yang pertama iaitu sistem kalifah, dan sebagainya. Akan tetapi, Saya lebih mengfokuskan kepada dirham perak. Generasi awal pada zaman dahulu yang dibimbing oleh Rasulullah telah menggunakan dinar emas dan dirham perak sebagai mata wang dalam bermuamalat. Dan dari situ, kita dapat lihat bahawa betapa bergunanya bermuamalat dengan menggunakan perak ataupun emas.

Kita dapat lihat pada generasi awal Madinah telah memberi kekuatan kepada umat Islam kerana amalan berurusniaga tanpa riba, yang memberikan kekuatan dan kekayaan kepada mereka. Amalan ini sendiri membuktikan bahawa sunnah yang diwariskan oleh Rasulullah sangat berguna kepada kita dan akan memberi kesan yang baik kepada setiap Negara yang mengamalkan mata wang dinar emas dan dirham perak ini.

Malangnya, umat islam pada masa kini telah membenarkan ideologi-idealogi asing dari Yahudi dan Nasrani menyelinap masuk ke dalam Negara-negara islam, mereka telah meninggalakan siasah dan muamalat Madinah iaitu sunnah Rasulullah itu sendiri. Mereka diperangkap dengan istilah politik dan ekonomi moden yag direkacipta Yahudi di institusi terkenal dunia. Maka umat jadi buta tentang khalifah, Amriah, waqaf, kharaj dan jizyah dalam siasah mengurus umat. Mereka buta kepada muamalat Islam, tidak kenal, dinar dan dirham, qirad dan sebagainya. Kemana kita?. Dirham dan dinar adalah sebahagian daripada dari tugas kita. Tetapi, pada masa kini umat islam tepenjara dengan wang kertas dan mereka tidak tahu bagaimana hendak keluar daripada ‘belenggu’ ideology yahudi dan nasrani ini.

Mata Wang Kelantan Telah Berkembang

Apa yang dimaksudkan dengan tajuk “Mata Wang Kelantan Telah Berkembang”??. Maksud saya disini adalah usaha Kerajaan Negeri Kelantan untuk menjadikan perak dan emas sebagai mata wang pada masa akan datang telah mendapat sambutan dan sokongan daripada beberapa negeri lain. Termasuklah di luar dan dalam Negara kita sendiri. Negeri yang telah mengikuti jejak langkah Kerajaan Negeri Kelantan adalah Negeri Perak dan Kedah. Mereka bersama- sama dalam menjalankan niat untuk menjadikan dan menghasilkan mata wang perak dan emas. Di Perak, pelancaran dinar emas dan dirham perak ini telah berjaya dilaksanakan pada 28 Februari 2011 yang menjalankan kerjasama dengan GoldNet Internatinal Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak yang dismpurnakan oleh Menteri Besar











Dinar dan Dirham Darul Takzim













Dinar dan Dirham Darul Aman


Mereka semakin hari semakin Nampak bahawa bermuamalat dengan menggunakan emas dan perak akan mendapat kesan yang baik pada suatu hari nanti dimana ekonomi USA semakin dan berterusan mengalami masalah yang boleh dikatakan serius. Dan pada setakat ini, mereka telah berhutang berbillion dollar USD dengan Bank Dunia. Ini menunjukkan bahawa pemeggang ekonomi Negara sekarang sedang menjejakkan langkahnya ke arah kehancuran!.

Info Terbaru!

Menurut Pensyarah Keusahawanan saya, iaitu Puan Nor Azlin. Kemungkinan besar pada 3 BULAN akan datang, ekonomi USA akan mengalami kemerosotan teruk. Pada masa sekarang, USA merupakan pemegang ekonomi dunia. Jadi, jika ekonomi Amerika Syakirat mengalami kemerosotan, ini bermakna semua Negara yang menjalankan ekonomi bersama dengan Amerika Syarikat akan turut merasai kesannya iaitu menurut beliau kemungkinan besar semua bank di Negara kita akan mengalami ‘pembekuan’ wang. Maksudnya??.. maksudnya adalah semua transaksi di bank termasuk pengeluran, kemasukkan dan pemindahan wang tidak dapat dijalankan dengan serta merta.

Beliau berpendapat supaya kita mula menyimpan dan membeli perak ataupun emas yang “fizikal” untuk menjadi ‘wata wang’ kita pada suatu hari nanti.

Perak semakin dilupakan?

Pada zaman dahulu, emas dan perak merupakan matawang yang digunakan namun nilai matawangnya hanya bertahan sehingga pada tahun 1873. Selapas kemunculan ‘Piawaian Emas’ (Gold Standard) yang menggunakan kertas sebagai mewakilkan emas menyebabkan perak sedikit demi sedikit hilang status matawangnya dan sehinggakan ramai diantara kita yang tidak mengetahui bahawa perak pada dahulunya pernah menjadi matawang dunia.

Pada masa dahulu, Sterling, Bath, USD adalah kepingan perak. Perak Sterling adalah 92.5% perak dan beratnya 1 pound. Tambahan lagi sejak kewujudkan duit kertas sebenarnya telah menbunuh perak berbanding emas. Menurut satu artekal yang saya baca, saya dapati bahawa permintaan terhadap perak mula merosot sejak wujudnya piawaian emas.

Saje Bercerita...

Saya pernah terbaca satu cerita dalam suatu blog yang menceritakan tentang harga dan nilai perak. Jom kita hayati bersama....^_^

"Ada seorang gadis kecil. Ia diberi oleh ayahnya sekeping uang logam perak. Dia sangat senang dan bahagia, itu adalah uang pertamanya. Ia sangat menyayangi uang logam perak itu, dijaga baik – baik, disimpannya dalam tas saku beludru yang selalu tergantung di lehernya. Bila mala, selalu tas beludru itu digenggamnya erat – erat seakan banyak sekali pencuri yang selalu mengintai logamnya. Bangun pagi, hal pertama yang dilakukannya adalah mengambil minyak dan memoles logam peraknya agar tampak bersinar. Hanya sekeping logam perak…

Setiap ada kesempatan, uang logam itu selalu ia pamerkan kepada setiap teman – temannya, logam perak itu adalah harta paling berharga miliknya. Tak ternilai, tak akan di tukarkan dengan apapun, dan akan dijaganya seumur hidupnya. Begitu janjinya di dalam hati.

Pada suatu kesempatan, gadis kecil ini berjalan mengelilingi pertokoan. Dilihatnya seorang pria muda seusianya membawa sekeping logam seperti miliknya. Hanya warna yang membedakannya. Sang pria muda itu memiliki logam yang berwarna kuning mengkilap. Silau bila terpantul cahaya matahari.

“Wow, logam emas!” Teriaknya dalam hati. “Aku harus memilikinya,” pikir sang gadis kecil. Dihampirinya sang pria muda, ” Boleh ku tukar logam perak ku dengan logam mu?” tanya nya kepada si pria. ” Apa kamu yakin mau menukar logam perak mu dengan punya ku?” kata si pria memastikan. Si gadis kecil diam sejenak, ia berpikir, ini logam kesayangannya, apa akan ku tukar ya. Tetapi cahaya silau yang terpantul dari logam milik si pria muda membuyarkan lamunannya. ” Iya, akan ku tukar!”

Demikianlah sekarang sang gadis kecil miliki logam yang berwarna kuning mengkilap yang ia peroleh dengan menukarkan logam perak kesayangannya. Diletakanlah dalam logam barunya dalam tas beludrunya, dan dibawa pulang. Dengan bangga gadis kecil menunjukan logam barunya kepada teman – temannya, tetapi semua berkata logam perak miliknya yang lama lebih bagus. Ia sangat marah. Si gadis kecil pulang ke rumah, dan memperlihatkan logam barunya kepada si ayah, si ayah bilang bukan keputusan yang bijak menukarkan logam kesayangannya dengan logam barunya itu. Si gadis kecil bertambah kesal.

Ia mengurung diri di kamar, dan memperhatikan logam barunya. “Ini logam emas, warnanya kuning mengkilap, bersinar lebih indah dari pada logam perak ku yang lama. harganya pasti lebih mahal. Pasti lebih berharga.” Dengan meyakinkan dirinya sendiri, sang gadis tertidur pulas.

Hari berganti hari, si gadis sudah beberapa hari tidak membuka tas beludrunya. Ketika ia teringat akan tas beludrunya, ia membuka dan mengeluarkan uang logam yang terdapat di dalamnya. Diperhatikan logam barunya. Lalu si gadis mengambil minyak untuk menggosok logamnya. Tak lama si gadis mengambil kain lap. Entah mengapa dengan agak panik si gadis mengambil tissue. Ia terus menggosok logamnya dengan minyak dan lap, kemudian menggosoknya lagi dengan tissue.

Melihat tingkah anaknya, si ayah menghampiri si gadis kecil dan bertanya: “ada apa gadis manis ayah, kok tampak bingung?” dengan mata berlinang air mata yang hampir tertumpah, si gadis berkata ” Ayah, logam baru ku tampak kusam, tampak hitam, tidak bisa bersih dengan minyak, dan lap yang biasa. Semakin ku gosok, ia semakin kusam.” Dengan menghela nafas panjang, sang ayah berkata dengan tenang :” Gadis kecil ayah yang manis, kamu tahu logam yang ayah beri kepada mu logam apa?” tanya sang ayah. ” tahu, logam perak kan ya? ” “betul, lalu kamu tahu ini logam apa?” ” Ini logam emas yang seharusnya lebih berkilau indah dan mahal dari pada logam perak kesayangan ku itu kan yah?” Sang ayah berkata dengan sabar, “Benar ini tampak seperti logam emas, tetapi ini bukan logam emas anakku. Ini adalah logam tembaga. Ia tampak seperti emas, tetapi tidak seindah emas, bahkan tidak seindah perak yang ayah berikan.”

Mengertilah si gadis kecil mengapa semua teman – teman dan ayahnya dari semula berkata logam perak kesayangannya lebih indah. Menyesalah si gadis kecil. Kemudian ia berusaha mencari pria muda yang menukar logam perak miliknya, bahkan ia membawa beberapa boneka kesayangannya untuk ditebus dan ditukarkan kembali dengan logam perak miliknya. tetapi ia tidak menemukan anak laki – laki itu lagi.

Sering kali kita tidak mengetahui, tidak menyadari betapa berharganya apa yang kita miliki saat ini. Apapun itu, orang – orang yang kita sayangi dan yang menyayangi kita, benda, waktu, kesempatan, atau apapun itu. Sering kali kita me-underestimate kan apa yang kita miliki saat ini.

Rumput tetangga terlihat lebih hijau. Sering kita terpikat oleh silaunya pantulan cahaya milik orang lain. Padahal hal yang terlihat belum tentu seindah nampaknya. Sering kita melihat orang lain nampak lebih bahagia, kekasih orang lain lebih tampan/cantik, atau apa saja, sehingga kita lupa bersyukur atas apa yang kita punya.

Kita sering menukar harta kita yang paling berharga dengan sesuatu yang membuat kita terpukau, tetapi hal itu hanya sesaat. ketika kita kemudian menyadarinya, kita sudah melakukan kesalahan. Kita menyesal. tetapi belum tentu sesuatu itu bisa diperbaiki dengan mudah. Konsekuensi pasti ada. Kita harus lebih berupaya memperbaiki kesalahan kita.

Bersyukurlah, berpikir dengan bijak, hargai mereka yang menyayangi, sayangi mereka yang kau sayangi.

JBU,

GodLove "