Sunday, July 24, 2011

Pelaburan Perak Sesuai kepada Pelajar. Knp?

Assalamualikum wbh

Pelaburan perak mejadi “popular” dan mendapat pemintaan yang tinggi apabila harga logam perak meningkat pada tahap USD 24 satu troy aun. Dengan peningkatan harga perak ini, ramai diantara pelabur-pelabur mula “terbeliak” dengan logam ini dan melihat suatu peluang yang baik untuk membuat pelaburan jangka pendek dan jangka panjang. Pelabur-pelabur melihat peluang tersebut kerana tahap kenaikan harga logam perak lebih tinggi daripada logam emas.

Pelajar-pelajar yang berminat untuk berlabur, amat digalakkan untuk berlabur dengan logam perak. Ini demikian kerana, selain daripada kenaikan harganya yang tinggi, logam ini juga mendapat kenaikan harga yang cepat. Menurut pensyarah saya sendiri, pada bulan Ogos 2010, harga bagi satu dirham perak benilai lebih kurang RM13.00 tapi sekarang Julai 2011, harga satu dirham perak bernilai RM30.00. disini kita dapat melihat kenaikan harga perak sangat cepat dan tinggi.

Selain itu, nisbah harga perak juga jauh lebih rendah daripada emas untuk di miliki oleh seseorang pelajar. Namun, terdapat satu masalah, dimana ramai orang menganggap logam perak tidaklah secair emas. Ia tidak boleh dipajak dan sukar dijual. Ia menjadikan tahap kecairan logam perak begitu rendah.

Sekiranya kita menyimpan jongkong logam perak di rumah, ianya hanya menjadi simpanan yang beku. Kenaikan harganya mungkin akan mencecah pada tahap yang tinggi namun sukar untuk menjual. Tamabahan lagi kalau logam perak itu tidak sepopular mana. Bagi mengelakkn daripada masalah ini, kita di nasihatkan supaya mencari dan memiliki logam perak yang popular untuk memastikan ianya mendapat tahap kecairan perak yang tinggi. Antaranya dirham Kerajaan Kelantan dan Syiling Loz Jerman. Selain itu Syiling American Silver Eagles 1oz dan Silver Maple Leaf 10z.Walaupun potensi loagam peraj adalah amat-amat tinggi, namun kita tidak digalakkan untuk tamak.







Syiling American Silver Eagles 1oz









Silver Maple Leaf 1oz

No comments:

Post a Comment