Sunday, July 24, 2011

Kemana kita dengan Perak?

Assalamualaikum wbh..

Saya mulakan dengan satu wadah ataupun rungkai kata yang telah disampaikan oleh Iman Malik r.a iaitu berkata " Apa yang menjadi pembaikan (Islah) kepada generasi pertama , akan menjadi pembaikan kepada generasi terakhir ". Yang dimaksudkan oleh Iman Malik adalah tugas individu muslim adalah kembali kepada perkara dasar iaitu menghidupkan syariat berdasarkan model salaf al Madinah yang pertama iaitu sistem kalifah, dan sebagainya. Akan tetapi, Saya lebih mengfokuskan kepada dirham perak. Generasi awal pada zaman dahulu yang dibimbing oleh Rasulullah telah menggunakan dinar emas dan dirham perak sebagai mata wang dalam bermuamalat. Dan dari situ, kita dapat lihat bahawa betapa bergunanya bermuamalat dengan menggunakan perak ataupun emas.

Kita dapat lihat pada generasi awal Madinah telah memberi kekuatan kepada umat Islam kerana amalan berurusniaga tanpa riba, yang memberikan kekuatan dan kekayaan kepada mereka. Amalan ini sendiri membuktikan bahawa sunnah yang diwariskan oleh Rasulullah sangat berguna kepada kita dan akan memberi kesan yang baik kepada setiap Negara yang mengamalkan mata wang dinar emas dan dirham perak ini.

Malangnya, umat islam pada masa kini telah membenarkan ideologi-idealogi asing dari Yahudi dan Nasrani menyelinap masuk ke dalam Negara-negara islam, mereka telah meninggalakan siasah dan muamalat Madinah iaitu sunnah Rasulullah itu sendiri. Mereka diperangkap dengan istilah politik dan ekonomi moden yag direkacipta Yahudi di institusi terkenal dunia. Maka umat jadi buta tentang khalifah, Amriah, waqaf, kharaj dan jizyah dalam siasah mengurus umat. Mereka buta kepada muamalat Islam, tidak kenal, dinar dan dirham, qirad dan sebagainya. Kemana kita?. Dirham dan dinar adalah sebahagian daripada dari tugas kita. Tetapi, pada masa kini umat islam tepenjara dengan wang kertas dan mereka tidak tahu bagaimana hendak keluar daripada ‘belenggu’ ideology yahudi dan nasrani ini.

No comments:

Post a Comment